fb fb fb fb fb

Banjir: 1206 penduduk terjejas, di tiga negeri

Foto fail

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir adalah seramai 1206 melibat negeri Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Menurut Portal Info Bencana Banjir JKM, setakat jam 9.00 pagi, sebanyak 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Penduduk terjejas banjir di Kelantan adalah seramai 836 orang terdiri daripada 231 keluarga. Mereka kinI ditempatkan di lima buah PPS.

PPS yang beroperasi di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh menempatkan 356 orang, dan SK Gual Periuk adalah 314 orang. Manakala di daerah Jeli, tiga PPS dibuka iaitu SK Jeli 1 menempatkan 137 orang, SK Kuala Balah (14 orang) dan SK Legeh (15).

Sementara itu, di Terengganu, penduduk terjejas banjir adalah seramai 315 orang terdiri daripada 87 keluarga. Lima PPS dibuka iaitu SK Pusat dungun menempatkan 21 orang, Dewan Serbaguna Kg Shukur Dungun, 196 orang, Balairaya Kg. Bembam (2), Dewan Orang Ramai Kg Pasir Raja (84) dan Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai (12).

Penduduk terjejas banjir di Negeri Sembilan ialah 55 orang terdiri daripada 12 keluarga. Kesemua penduduk terjejas ditempatkan SK Sg Machang, Seremban.

ROSLINA BINTI DIN