fb fb fb fb fb

Banjir: 290 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Seramai 980 orang daripada 290 keluarga terjejas banjir di Terengganu, Pahang dan Johor setakat pukul 9.00 pagi tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Terengganu mencatat penduduk paling ramai terjejas banjir; melibatkan 923 orang daripada 275 keluarga.

Kesemuanya kini ditempatkan di tujuh PPS di Dungun.

Di Johor pula, seramai 29 penduduk terjejas banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota Tinggi.

Manakala di Pahang, 28 orang daripada enam keluarga ditempatkan di dua PPS di Rompin.

Artikel Berkaitan:
980 penduduk di tiga negeri masih terjejas banjir
Banjir di Dungun semakin pulih, hanya lapan PPS aktif

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM