fb fb fb fb fb

Banjir: 10 kampung dengan lebih 1,000 penduduk di daerah Telupid terjejas

TELUPID, 30 Januari- Sebanyak 10 buah kampung dengan lebih 1,000 penduduk di daerah Telupid terjejas banjir susulan hujan berterusan di daerah berkenaan sejak semalam.

Turut terjejas beberapa jalan laluan utama menghubungkan Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah melibatkan laluan Kota Kinabalu-Ranau-Telupid-Sandakan dinaiki air.

Penolong Pegawai Daerah Telupid Muhammad Nasrul Omar berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Telupid diaktifkan berdasarkan laporan kejadian banjir yang berlaku seawal pukul 6.30 pagi di daerah berkenaan.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa PKOB Telupid bersama-sama agensi keselamatan sedang melakukan pemantauan di sekitar kawasan terjejas banjir.
 
Bagaimanapun, setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut.


(Lebih 1,000 penduduk di daerah Telupid terjejas banjir susulan
hujan berterusan di daerah berkenaan sejak semalam)

Media Baharu