fb fb fb fb fb

Bangunkan semula tapak pelupusan terbiar menjadi taman rekreasi

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming

JITRA, 6 Mei - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperluaskan usaha membangunkan kawasan tapak pelupusan sisa pepejal yang sudah tidak digunakan lagi, di seluruh negara.

Menterinya Nga Kor Ming, berkata tapak pelupusan tersebut akan ditransfomasi sebagai ladang solar yang boleh menjana pendapatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau dijadikan sebagai Taman Rekreasi MADANI dengan alam sekitar yang bersih.

Hingga kini terdapat lebih 175 tapak pelupusan sisa pepejal yang telah ditutup diseluruh negara dan pihaknya akan berusaha membangunkan tapak pelupusan bawah inisiatif 'Sentuhan Mesra Alam' mengikut jadual di setiap negeri yang telah ditetapkan.

Usaha itu sekali gus dapat mengembalikan udara segar terutama kepada penduduk yang tinggal berdekatan.

"Kita juga ada inisiatif untuk mengenal pasti tapak tapak seperti ini yang boleh dijadikan Taman Rekreasi MADANI dan contoh terkini adalah di Tenggara Negeri Johor yang bakal siap pada tahun ini yang akan menjadi taman reakeasi riadah yang bersih hijau serta mersa penguna yang boleh memupuk gaya hidup yang sihat," kata Nga Kor Ming kapada pemberita, di sini.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Penyerahan  Projek Inisiatif  Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal  Paya Kemunting, di sini.

Peruntukan sebanyak RM13 juta disalurkan KPKT bagi projek inisiatif pemuliharaan tersebut.

Tapak pelupusan itu ditutup sepenuhnya selepas 50 tahun beroperasi.

TETITIA YUSOFF