fb fb fb fb fb

Bangunan Jalan Stesen Bas Lama, Sungai Petani terbakar

(BBP Aman Jaya dan bantuan bomba sukarela mengawal kebakaran)

SUNGAI PETANI, 23 Oktober- Hasrat seorang graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk meraikan Majlis Konvokesyen pada 15 November depan tidak kesampaian apabila pakaian istiadatnya terbakar dalam kebakaran petang tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang itu melibatkan deretan kedai bangunan dua tingkat yang dibina sejak 1972 di Jalan Stesen Bas lama Sungai Petani, Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan sekitar 4.37 petang.

Beliau turut menjelaskan, "setibanya jentera dan anggota bomba di lokasi kejadian, api sedang marak dan memusnahkan deretan kedai di atas bangunan kedai kayu terbabit."

Menurut pelajar tersebut, Nazirah Rosli, 23 tahun memberitahu beliau tidak menyedari kejadian kebakaran tersebut kerana menyangkakan kehadiran asap itu berpunca daripada bas yang melalui kawasan berkenaan.

(Pihak bomba memadam kebakaran di Jalan Stesen Bas lama Sungai Petani, Kedah)

Wanita yang berasal dari Negeri Sembilan itu, baru tiga bulan bekerja memulakan pekerjaannya.

Dia hanya menyedari kejadian tersebut, setelah dimaklumkan rakannya dan sempat menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Menurut Graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, dia tidak sempat menyelamatkan dua komputer riba, dompet dan kad pengenalan.

Sementara itu, Majikannya, Pengurus Syarikat ABM Makmur, Rumaizi Jaafar berkata, "kerosakan harta benda dianggarkan bernilai RM30,000."

Jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, BBP Aman Jaya dan bantuan bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Media Baharu