(Foto Facebook Majlis Bandaraya Ipoh)
IPOH, 28 April- Bandaraya Persahabatan bakal dijalin antara bandaraya Ipoh dan bandaraya Dalian di China.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata Ipoh menjadi bandaraya pilihan untuk menjalin kerjasama itu selain mengeratkan lagi persahabatan antara kedua-dua bandaraya.
Beliau berkata kerjasama itu dilihat mampu melonjak tiga sektor utama di Perak sekaligus bersesuaian dengan Tahun Melawat Perak 2024.
"Banyak manfaat diperoleh menerusi kerjasama itu antaranya menerusi ekonomi, pendidikan pelaburan.
"Perbincangan lanjut akan diadakan bersama delegasi China pada 12 Mei ini bagi memperincikan mengenai kerjasama itu," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto Facebook Majlis Bandaraya Ipoh)