fb fb fb fb fb

Bandar Rendah Karbon: Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan (kanan) di Putrajaya

PUTRAJAYA, 4 Jun - Perbadanan Putrajaya (PPj) bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mewujudkan pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani, buat permulaan penjanaan tenaga boleh baharu akan dipasang di sembilan bangunan milik PPj, menjelang tahun hadapan.

"Kita berharap akhirnya Putrajaya ini menjadi 'makmal yang hidup' untuk kita mencapai hasrat kerajaan dan kita menjangkakan dalam masa 20 tahun ini kita akan mencapai beberapa perkara diantaranya ialah dalam MoU ini juga kita menggariskan untuk kita ada perkongsian data antara TNB yang mungkin menuju ke arah inovasi-inovasi yang boleh dilakukan oleh pemegang taruh dalam kita mencapai Bandar Rendah Karbon ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), di sini.

Tambah Dr. Zaliha, kerjasama itu mampu membawa penjimatan berjumlah RM2.5 juta kepada PPj bagi tempoh 20 tahun.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN