fb fb fb fb fb

Baki 28 aktivis warga Sepanyol sertai GSF dibebaskan

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares /AFP

MADRID, 6 Oktober- Baki 28 tahanan warga Sepanyol yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) dibebaskan hari ini.

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares berkata, kumpulan berkenaan akan meninggalkan negara haram itu secepat mungkin.

Jose bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai pembebasan tersebut.

Dalam perkembangan sama, puluhan aktivis lain termasuk Greta Thunberg juga dilaporkan akan meninggalkan Israel hari ini.

Mereka akan diterbangkan ke Greece sebelum meneruskan perjalanan ke negara masing-masing.

Semalam, 21 tahanan Sepanyol dibebaskan Zionis.

Misi Global Sumud Flotilla menyasarkan untuk memecahkan sekatan Israel bagi menyampaikan bantuan ke Gaza dimana Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan berlaku kebuluran selepas dua tahun konflik yang tidak berkesudahan. - AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH