fb fb fb fb fb

Bakal haji visa Mujamalah diingatkan guna syarikat dilesenkan Tabung Haji

Datuk Seri Syed Saleh (tengah) pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Mekah

MEKAH, 2 Jun- Rakyat Malaysia yang ingin mendaftar untuk menunaikan haji menggunakan visa Mujamalah diingatkan agar memilih syarikat pelancongan yang dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ia susulan semua syarikat PJH telah disaring dengan teliti dan telus bagi memastikan mereka mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sebanyak 25 syarikat pelancongan tempatan dipilih untuk beroperasi sebagai PJH bagi musim haji tahun ini.

"Maka dengan proses perlesenan ini Tabung Haji boleh memberi keyakinan bahawa bakal bakal haji boleh merasa bahawa urusan haji mereka terkawal, terpelihara dan mereka insya-Allah selamat dan kebajikan mereka juga akan terjaga,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Mekah.

Visa Mujamalah adalah visa yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi menerusi kedutaannya kepada orang-orang tertentu dalam jumlah yang terhad.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE