fb fb fb fb fb

Bajet 2023 tumpu isu kos sara hidup

(Foto BERNAMA)

BESTARI JAYA, 9 Februari - Bajet 2023 akan tertumpu kepada usaha mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat.

"Bajet 2023 yang akan dibentangkan Februari ini akan menangani defisit, untuk digital dan untuk keselesaan rakyat serta kos sara hidup," katanya selepas menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil bertajuk ‘Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia’ di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya, di sini.

Menurut Anwar, perkara lain akan diumumkan ketika pembentangan akan datang.

Bajet 2023 akan dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari ini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu