fb fb fb fb fb

Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Ke arah membina daya tahan negara, sebanyak RM15 bilion diperuntuk bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2023.

Sebahagian besar projek akan dianugerahkan dengan anggaran perbelanjaan RM700 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat berkata empat projek utama yang digerakkan, pelaksanaan projek Empangan Sabo bernilai RM562 juta, pembinaan kolam takungan dwifungsi bernilai hampir RM2 bilion melibatkan jajaran di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Rasau, Selangor, projek fasa tambahan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Golok, Kelantan hampir RM500 juta serta penaiktarafan sistem ramalan cuaca bagi memperkas aramalan dan amaran banjir di peringkat nasional.

"Bagi tahun hadapan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan diperuntukkan sejumlah RM174 juta.Sebagai langkah persediaan proaktif, Kementerian Kewangan akan terus menyalurkan tambahan RM400 juta kepada NADMA supaya bersiap siaga membantu dengan segera jika berlaku banjir pada hujung tahun ini.

"Bagi tahun 2023, Kerajaan telah menyediakan peruntukan awal berjumlah RM100 juta di bawah Tabung Bantuan Bencana Negara dan Kementerian Kewangan bersedia untuk menambahkan peruntukannya mengikut keperluan. Sebagai langkah persediaan Angkatan Tentera Malaysia menghadapi sebarang bencana, dua buah hospital medan tambahan melibatkan kos RM47 juta akan siap pada hujung tahun ini di Kluang, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah,"katanya.

Sebagai tambahan, sebanyak 50 unit ambulans juga akan ditempatkan di kem tentera, sedia untuk dikerahkan untuk membantu jika berlaku bencana.

Kerajaan menyediakan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi manfaat 2,000 persatuan penduduk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu