fb fb fb fb fb

Bajet 2023: MOSTI mahu perkasa industri Bioekonomi negara

KUALA TERENGGANU, 6 September- Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan 7 Oktober depan diharap dapat membantu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI memperkasakan industri bioekonomi negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim juga berharap peruntukan secukupnya diberikan bagi menggalakkan industri teknologi pintar dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

Ini kerana, menurut beliau, pelbagai rancangan diatur mulai tahun depan bagi merangsang ekonomi negara menerusi Perbadanan Pembangunan Bio Ekonomi Malaysia, Bio Economy Corporation.


(Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim)

Sementara itu peruntukan turut dimohon bagi melaksanakan pelbagai tanggungjawab termasuk menggalakkan industri teknologi pintar dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

"Kita menerima satu lagi tanggungjawab baharu sebelum ini Bio Ekonomi Corporation adalah satu perkara besar sebenarnya.. asalnya duduk bawah kementerian tetapi diletakkan bawah MAFI kali ini untuk mempercepatkan lagi pembangunan dalam industri berkait dengan bio ekonomi ini, Bio Ekonomi Corporation telah dipindahkan bawah MOSTI dan ini melibatkan peruntukan yang sewajarnyalah," katanya di sini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Motosikal Peningkatan Pendapatan dan Kesejahteraan Rakyat di Kuala Terengganu.

Menerusinya penerima dapat menggunakan motosikal tersebut untuk meningkatkan pendapatan dan mengubah nasib mereka serta keluarga.

Mengulas mengenai dua objek yang disyaki sisa serpihan roket negara China yang ditemukan di Sarawak, laporan lengkap mengenainya akan diumum selepas hasil siasatan mengenainya selesai.

Media Baharu