fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Kementerian Pertahanan fokus empat teras utama

(Gimik Penutupan Karnival Tentera Darat di Stadium Mini Taman Sri Lambak, Kluang)

KLUANG, 9 Oktober- Peruntukan Bajet 2023 yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan akan diperincikan kurang dua bulan lagi, dengan fokus kepada empat teras utama.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, pihaknya sedang melihat lebih terperinci berdasarkan sesi libat urus yang dibuat bersama Kementerian Kewangan sebelum ini.

(Datuk Seri Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan akan memperincikan peruntukan
diberikan kepada MINDEF kurang dua bulan lagi)

 Daripada peruntukan yang diumumkan dalam Bajet 2023, RM4 bilion akan dibelanjakan bagi pembelian aset-aset baharu dan RM2.4 bilion bagi penyelenggaraan peningkatan keupayaan sistem pesawat F/A-18 D TUDM.

Manakala RM118.4 juta disalurkan kepada veteran ATM dan RM637 juta bagi aspek kebajikan melibatkan perumahan dan kesihatan.

"Lepas kita dah perincikan jumlah itu saya kena tetapkan keutamaan. Tu kena bincang dengan ketiga-tiga perkhidmatan. Banyak perkara yang difikirkan. Saya kagum dan melegakan saya sikit dengan jumlah yang diberikan itu," kata Hishammuddin selepas menghadiri Majlis Penutupan Karnival Tentera Darat di Stadium Mini Taman Sri Lambak, Kluang, di sini.

Media Baharu