fb fb fb fb fb

Bajet 2023: BAP akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan penjaga

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu dan bapa, tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata BAP selama ini telah meringankan beban ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Katanya, bermula tahun ini kadar BAP telah dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100.

(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

"Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450. InsyaAllah, Bantuan ini akan disalurkan pada Januari 2023 dan diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.

Tambah Zafrul, sebanyak RM825 juta peruntukan disediakan untuk BAP tahun hadapan berbanding RM450 juta tahun ini.

Media Baharu