fb fb fb fb fb

Bacaan doa Qunut Nazilah setiap solat fardhu di masjid dan surau

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA, 8 November - Semua masjid bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta masjid dan surau bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)diarah membaca doa Qunut Nazilah pada setiap solat fardhu bermula hari ini.

"Iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta masjid dan surau bawah pentadbiran JAWI diarah membaca doa Qunut Nazilah pada setiap solat fardhu bermula hari ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan.

Beliau turut mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan zionis Israel yang terus menerus melancarkan serangan ke atas Gaza, sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan serta memusnahkan kediaman dan premis awam.

Menerusi kenyataan itu juga Dr Mohd Na'im menyeru agar rakyat Malaysia terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai platform sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

TETITIA YUSOFF