fb fb fb fb fb

Awas penipuan kod penghantar 'GOV' SMS berkenaan bantuan kewangan e-wallet

(Foto fail)

CYBERJAYA, 5 Ogos- Orang ramai diingatkan agar berwaspada dan tidak terperdaya jika menerima hantaran SMS palsu berkenaan pemberian bantuan khas kewangan ke e-wallet Touch N Go.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan ID pegantar “GOV” untuk membuat hebahan penipuan.

Sekatan akses telah dibuat terhadap pautan palsu hebahan SMS palsu tersebut.

"Pihak PDRM turut menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik serta modus operandi penipuan tersebut.

Peringatan tersebut dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai.

(Awas penipuan kod penghantar 'GOV' SMS berkenaan bantuan kewangan e-wallet)

Orang ramai diminta agar sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu dengan menghubungi organisasi terlibat.

"Ini adalah bagi mengelak anda daripada menjadi manga kepada kegiatan berunsur penipuan. Individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. www.mcmc.gov.my," menurut kenyataan itu.

Media Baharu