fb fb fb fb fb

ATM pastikan kawalan sempadan negara di tahap tertinggi

Katanya, perolehan aset-aset baharu juga sentiasa dilakukan bagi memastikan kesiapsiagaan ATM.

KOTA TINGGI, 11 Februari- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) konsisten dalam memastikan kawalan sempadan negara di tahap tertinggi.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kawalan menerusi pelbagai operasi termasuk tuntutan bertindih, melibatkan pemantauan, serta rondaan sepanjang masa di seluruh negara.

"Kita ini negara maritim, kita punya sempadan-sempadan dengan banyak negara dan kita punya 'coastline' (pantai) panjang. Dia ada macam-macam ops, bukan satu sahaja. Setakat hari ini, kita sentiasa bersedia untuk memastikan ops-ops ini berjalan dan kita dapat melakukan pencegahan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, perolehan aset-aset baharu juga sentiasa dilakukan bagi memastikan kesiapsiagaan ATM.

Selain itu, ATM sentiasa meningkatkan keupayaan, kemampuan dan pengalaman melalui latihan ketenteraan yang dijalankan dengan kerjasama negara lain.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM