KUALA LUMPUR, 12 Mei -Beregu wanita OKU pendengaran negara, Boon Wei Ying/Foo Zu Tung meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara badminton di Sukan Deaflympics 2022, Brazil.
Wirawati-wirawati negara yang turun ke gelanggang dengan berbekalkan pengalaman beraksi dalam edisi 2017 di Turki, bermain dengan cukup cemerlang.
Mereka berjaya menewaskan gandingan yang menduduki ranking pertama, Jung-Yu Fan/Yan-Ru Shen dari China dengan 21-14, 5-21, 21-18.
(Boon Wei Ying-Foo Zu Tung meraikan kejayaan meraih emas pada Sukan Deaflypic Brazil/MSDEAF)
Kemenangan bersejarah itu menamatkan kemarau pingat emas selama 21 tahun setelah kali terakhir dimenangi Zana Azizul Ujang pada 2001 di Rom, Itali.
Gandingan Boon Wei Ying/Edmund Teo Seng Keong turut mencipta kejutan dalam acara beregu campuran dengan meraih pingat perak setelah tunduk kepada pasangan Abhinav Sharma/Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 dalam perlawanan akhir.
Boon Wei Ying juga berjaya mendapatkan pingat gangsa acara perseorangan wanita buat negara setelah lawannya dari Jepun dibatalkan penyertaan kerana positif COVID-19.