fb fb fb fb fb

Asri Hamidin dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga

Pengerusi ST baharu, Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 Disember - Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu bagi tempoh satu tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan, pelantikan itu dibuat selaras dengan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610].

Ia selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri yang dipertanggungjawab berkaitan pembekalan gas.

PETRA turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Asri atas pelantikan tersebut dan berharap kepimpinan beliau dapat terus memperkukuh peranan ST dalam memacu pembangunan serta tadbir urus sektor tenaga negara.

Datuk Seri Asri, 59, merupakan graduan Sarjana Ekonomi dari Universiti Hiroshima, Jepun, serta pemegang Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan sama, PETRA turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas khidmat bakti beliau sepanjang berperanan sebagai Pengerusi ST.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN