fb fb fb fb fb

Aspirasi ekonomi selari prinsip APEC, Malaysia kekal hala tuju positif - Zafrul

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Aspirasi ekonomi Malaysia disifatkan selari dengan prinsip utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) khususnya daripada aspek strategi dan rangka kerja.

Jelas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, perkara itu diterjemah menerusi usaha pendigitalan selain fokus kepada manfaat jangka panjang untuk menyumbang kepada ekosistem rantaian nilai gloabl.

Tambah beliau, Malaysia kini mempunyai hala tuju jelas disokong agenda ekonomi MADANI yang dirangka kerajaan pasca PRU-15.

"Malaysia kekal komited untuk bersikap terbuka menerima peluang dan pelaburan, terutamanya daripada rakan kongsi ekonomi yang telah lama wujud. Terutama pada tahun 2022, ekonomi APEC telah memberikan sumbangan yang besar, membentuk 76.5% daripada aliran masuk FDI Malaysia yang mengagumkan."

"Ini menunjukkan dedikasi teguh Malaysia untuk memupuk perkongsian ekonomi yang teguh dalam APEC," kata Tengku Zafrul ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersempena mesyuarat Majlis Penasihat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC) di ibu negara.

Mesyuarat ABAC merupakan yang pertama dianjurkan melibatkan pemimpin-pemimpin perniagaan daripada 20 ekonomi APEC.

Penubuhannya pada November 1995, oleh pemimpin ekonomi APEC, ABAC yang berfungsi sebagai platform penting perdagangan di rantau Asia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM