fb fb fb fb fb

ASEAN perlu luas kerjasama ekonomi melangkaui rakan tradisional

Anwar Ibrahim/RTM

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan fasa baharu kerjasama ekonomi ASEAN-China perlu memberi tumpuan kepada sektor baharu, bukan sekadar mengejar angka pelaburan dan perdagangan semata-mata.

Beliau berkata ASEAN perlu memperkukuh hubungan dengan rakan strategik baharu bagi memastikan kemampanan ekonomi dalam landskap ketidaktentuan global.

"ASEAN juga mesti meluaskan penglibatan globalnya di luar rakan kongsi tradisional. Mengukuhkan hubungan dengan China, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), BRICS dan ekonomi berpotensi lain. Bukan soal memilih pihak, sebaliknya bagi memastikan kedudukan strategik ASEAN dalam dunia multipolar.

"Dengan mempelbagaikan perkongsiannya, ASEAN dapat meningkatkan daya tahan ekonomi, memanfaatkan pelaburan baharu dan memainkan peranan lebih proaktif dalam membentuk rangka kerja tadbir urus global," katanya dalam ucaptama di Persidangan China: Asia Tenggara 2025 – Berinovasi Untuk Masa Depan: Memperkukuh Hubungan Ekonomi ASEAN-China di sini hari ini.

Tambahnya, Malaysia kini bersedia untuk memimpin ASEAN dengan lebih jelas dan yakin.

Justeru kerjasama semua pihak berkepentingan amat diperlukan bagi memastikan masa depan serantau yang terangkum, mampan dan berdaya tahan.

SITI AISHAH MD ISA