fb fb fb fb fb

ASEAN 2025: Kesiapsiagaan setiap aspek diperhalusi - Dr. Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Jabatan Perdana Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersiap siaga bagi penganjuran lebih 180 program sepanjang tahun Kepengerusian ASEAN 2025 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata kesiapsiagaan tersebut meliputi persiapan daripada aspek logistik.

Beliau mengakui Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai pintu masuk utama negara, perlu memastikan persiapan logistik secara menyeluruh.

Ini melibatkan kawasan strategik di pusat bandar termasuk tempat penginapan, lokasi mesyuarat dan pusat sidang kemuncak.

"Kita kena bersedia daripada sudut, bukan sahaja logistik malah daripada sudut kebersihan, kerja mencantikkan bandar dan dari sudut infra dan sebagainya.

Ini khususnya di kawasan-kawasan yang dipanggil pusat bandar (city central). Lokasi ini adalah tempat tumpuan selain menjadi lokasi penginapan delegasi. Kita akan pastikan semuanya diambil kira dan dijaga dengan baiklah, insya-Allah," kata Dr. Zaliha kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sesi Temu Rapat Dr. Zaliha bersama Persatuan, Wakil Masyarakat dan Organisasi Berkaitan Warga Emas Wilayah Persekutuan di ibu negara.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM