ART langkah pragmatik elak tarif lebih tinggi

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) dengan Amerika Syarikat sebagai langkah pragmatik untuk mengelakkan tarif lebih tinggi serta melindungi kepentingan ekonomi negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • ART ditandatangani sebagai langkah pragmatik untuk elak tarif tinggi dan lindungi kepentingan ekonomi negara.
  • ART bersifat unilateral berbeza daripada FTA; pihak lawan boleh kenakan syarat dan kadar tarif.
  • Tandatangan beri ruang masa untuk rundingan terma supaya eksport dan perniagaan Malaysia tidak terjejas.
  • Kerajaan timbang kos faedah dan sediakan klausa keluar untuk pelihara kedaulatan serta kepentingan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan, ART berbeza daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kerana bersifat unilateral, iaitu satu pihak mengenakan syarat dan kadar tarif jika negara rakan tidak menandatangani serta tidak membuka rundingan.

Sehubungan itu, dengan menandatangani ART, ia memberi ruang dan masa untuk Malaysia merundingkan terma perjanjian tersebut.

“Walaupun kita menandatanganinya, kita ada masa untuk berbincang dan banyak terma. Tapi kalau kita tak tandatangan, mungkin sementara nak tunggu rundingan, kita dah kena 40 peratus.

“Itu akan menjejaskan ekonomi, termasuk eksport kita ke Amerika Syarikat. Jadi isu-isu ini kita perlu tengok,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Sehenti GD XCHANGE.

Tambahnya, keutamaan kerajaan adalah memastikan perniagaan yang beroperasi di Malaysia tidak terkesan, selain menekankan aspek kedaulatan negara perlu terus dijaga.

Kerajaan juga telah mempertimbangkan kos dan faedah dengan teliti sebelum menandatanganinya dan perjanjian itu merangkumi klausa keluar sekiranya ia tidak lagi memenuhi kepentingan Malaysia.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan