fb fb fb fb fb

APMM salurkan RM 1 juta laksana Kampung Angkat Madani di Kg Temerlok

Kampung Angkat Madani di Kampung Temerlok, Trong / Foto RTM

IPOH, 10 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyalurkan sejuta ringgit bagi pelaksanaan Kampung Angkat Madani di Kampung Temerlok di Trong dalam usaha meningkatkan infrastruktur dan pembangunan sahsiah penduduk setempat.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan, komitmen agensi itu tidak hanya terhad di lautan, tetapi kini diperluas ke daratan dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar yang memerlukan perhatian.

Menurutnya, "Lima projek utama akan direalisasikan di bawah inisiatif peruntukan khas Kementerian Kewangan."

Projek tersebut merangkumi kerja-kerja menaiktaraf bangunan melibatkan Jeti Nelayan Sungai Tok Lin, Sekolah Agama Rakyat Al-Mahmudiah, Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Temerlok, Masjid Al Mahmudiah dan pembersihan kawasan masjid serta tapak perkuburan Islam.

Terdahulu Datuk Mohd Rosli hadir pada Program Korban dan Kerohanian APMM bersempena Kampung Angkat Madani di Kampung Temerlok, Trong.

Lebih 150 pegawai dan anggota Maritim dan penduduk setempat terlibat pada program tersebut.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ