KUALA LUMPUR, 21 Februari- Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, pagi tadi.
Menerusi laman Facebook, Anwar berkata jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.
"Saya mewakili pentadbiran Kerajaan MADANI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak.
"Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati.
"Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya. Al-Fatihah," kata Anwar.
Allahyarham, 87 menghembuskan nafas terakhirnya di pusat perubatan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 pagi tadi.
Artikel Berkaitan:
Pemergian Taib Mahmud, Sarawak berkabung dua hari
Ahmad Zahid ucap takziah pemergian Taib Mahmud
Pemergian Taib Mahmud, Keluarga Diraja Kedah zahir ucapan takziah
Abdul Taib Mahmud meninggal dunia