fb fb fb fb fb

Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-82.

"Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku, Raja Perempuan Perlis dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, selain terus diberi keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan," kata Datuk Seri Anwar.

Datuk Seri Anwar berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.

Pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin hari ini berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima.

Jumlah penerima itu simbolik dipilih bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda sebagai Raja Perlis, yang berlangsung selama setahun bermula pada 17 April lepas hingga 16 April 2026.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM