(Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Srettha Thavisin atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh lagi hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.
"Thailand adalah negara sangat penting kepada kami.
"Saya berharap kita dapat meningkatkan lagi hubungan, pelaburan, perdagangan dan berkembang dalam segala bidang," katanya menerusi perkongsian video di laman sosial Facebooknya.
Perdana Menteri turut mengundang Srettha untuk berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat.
Srettha juga berharap dapat bertemu dengan Anwar, sekali gus menzahirkan harapannya untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.
Perlantikan Srettha menyaksikan buat julung kali dalam tempoh sembilan tahun, jawatan Perdana Menteri Thailand berjaya disandang oleh rakyat biasa yang turut membuka laluan kepada pembetukan kerajaan campuran baharu.
(Anwar Ibrahim)