KUALA LUMPUR, 21 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook, mendoakan agar negara republik itu terus maju dan berjaya selain memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
"Selamat Harlah kepada Presiden Joko Widodo Terima kasih atas dedikasi Bapak dalam memperkukuh hubungan antara negara kita. Semoga Indonesia terus maju dan sukses!
"Happy Birthday to Bapak Jokowi!," katanya menerusi hantaran itu.
Joko Widodo dilahirkan pada 21 Jun 1961 dan menyambut hari kelahiran ke-63 hari ini.
Jokowi merupakan presiden ke-7 Indonesia dan memegang jawatan itu pada 20 Oktober 2014.