fb fb fb fb fb

Anwar terima kunjungan pemimpin Islam Indonesia, bincang isu geopolitik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) berbesar hati menerima kehadiran sahabatnya, Bapak Chairul Tanjung, bersama tokoh politik dan pemimpin pertubuhan Islam Indonesia di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini / Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 30 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbesar hati menerima kunjungan sahabatnya, Bapak Chairul Tanjung, bersama tokoh politik dan pemimpin pertubuhan Islam Indonesia di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata pertemuan tersebut turut membincangkan isu geopolitik dunia, khususnya perkembangan di Gaza.

"Pemimpin Malaysia dan Indonesia harus tegas dalam isu kemanusiaan dan memperkukuh kekuatan dalaman, terutama asas ekonomi, demi mengukuhkan kedudukan rantau ini dalam pelbagai aspek," kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri turut menyatakan keyakinannya bahawa hubungan baik antara kedua-dua negara serumpun ini akan terus berkekalan dan semakin erat.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Wakil Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Rais Aam Nahdatul Ulama (NU) Kiyai Haji Miftachul Akhyar Abdul Ghoni, pimpinan Muhammadiyah Dr. Haji Anwar Abbas Ramani, Bekas Menteri Koordinator Ekonomi Bapak Muhammad Hatta Rajasa, dan Bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Profesor Dr. Ir. Kiyai Haji Mohammad Nuh Nabbani.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN