fb fb fb fb fb

Anwar terima kunjungan Menteri Luar Poland

Menteri Luar Poland, Radosław Sikorski (kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook

KUALA LUMPUR, 3 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Poland, Radosław Sikorski yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia ketika ini.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau percaya dan optimis lawatan itu akan menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan kerjasama dan perkongsian antara kedua-dua negara.

"Selain itu, kami turut menyentuh mengenai kerjasama ASEAN-EU, dengan mengambil kira peranan Poland sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah Poland pada Januari-Jun 2025 dan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan," katanya

Selain itu perbincangan berkenaan turut menyentuh usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Poland, terutama membabitkan kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi digital, eksport pertanian dan sektor minyak sawit.

Pertemuan kira-kira 40 minit itu juga turut membincangkan secara mendalam dan meluas mengenai isu mendesak terkait konflik di Ukraine dan Palestin.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI