KUALA LUMPUR, 24 Februari- Perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan, serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air antara dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.
Anwar berharap kunjungan Menteri Besar Kelantan di Bangunan Perdana Putra itu dapat memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi kesejahteraan serta kebajikan rakyat.
"Saya titipkan pesanan agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya," katanya.
Anwar berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook miliknya.