fb fb fb fb fb

Anwar tekankan kepentingan pembaharuan ekonomi

Foto tangkap layar CNBC

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan pembaharuan ekonomi dan tadbir urus yang baik dalam usaha mengekalkan kestabilan serta pertumbuhan negara.

Anwar berkongsi pelan kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa reformasi subsidi merupakan antara fokus utama dalam Belanjawan 2024.

Langkah tersebut juga dilihat mengurangkan tekanan inflasi disamping pertumbuhan ekonomi yang mampan.

"Melalui inisiatif yang dilaksanakan pada awal tahun lalu, kami berjaya menjimatkan setengah bilion ringgit. Namun, yang lebih penting adalah memperbaiki tadbir urus.

"Kami telah menghentikan kebocoran yang melibatkan berbilion ringgit yang diseleweng oleh pemimpin terlibat. Adakah ini mencukupi? Ya, tetapi kami memerlukan lebih banyak usaha, dan kini sedang mempertimbangkan langkah-langkah lain, termasuk dalam sektor elektrik dan diesel," katanya dalam temu bual eksklusif bersama CNBC.

Beliau turut menyentuh tentang usaha kerajaan untuk memulihkan keyakinan pelabur antarabangsa menerusi beberapa langkah termasuk memerangi rasuah.

"Rasuah dianggap sebagai penghalang utama kerana ia menjejaskan keyakinan pelabur yang mahukan jaminan bahawa dana mereka selamat dan diurus dengan baik, dan kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyelewengan," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM