fb fb fb fb fb

Anwar seru semua pihak di Asia Barat redakan ketegangan

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Malaysia menyeru semua pihak di Asia Barat agar segera meredakan ketegangan yang semakin meningkat, yang mengancam kestabilan di rantau ini.

Dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan bahawa agresi dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah percubaan yang disengajakan untuk mengalihkan perhatian global daripada kekejaman serta tindakan genosida yang brutal terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

"Serangan ini jelas bertujuan untuk memastikan kepimpinan politik semasa di Israel kekal, walaupun merisikokan nyawa orang awam demi kepentingan individu tertentu," katanya di Facebook beliau.

Perdana Menteri juga mengingatkan tentang kepentingan mencegah kitaran tindakan dan reaksi berbahaya yang boleh melibatkan lebih banyak pihak ke dalam konflik serta memburukkan lagi ketidakstabilan dan kemusnahan.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru semua pihak terlibat untuk mengambil langkah segera bagi mengurangkan permusuhan dan mewujudkan syarat yang diperlukan untuk mencegah konflik serantau yang lebih besar.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA