fb fb fb fb fb

Anwar santuni warga kerja UKAS

Hampir 300 jemputan memeriahkan rumah terbuka UKAS itu.

PUTRAJAYA, 22 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyantuni warga kerja Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan, Perdana Menteri (UKAS) menerusi rumah terbuka UKAS di Putrajaya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican serta Ketua Pengarah UKAS, Datuk Shamsul Azri Abu Bakar.

Hampir 300 jemputan memeriahkan rumah terbuka UKAS itu.

Ini termasuk rakan konsesi UKAS termasuk Plus Highway, ECRL, dan Bank Pembangunan.

Penganjuran rumah terbuka kali ini turut meraikan sambutan ulang tahun UKAS ke-15. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM