fb fb fb fb fb

Anwar peruntuk RM7.23 bilion untuk Terengganu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

MERCHANG, 10 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan sebanyak RM7.23 bilion kepada Kerajaan Terengganu bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, tahun ini.

Menurut Anwar, jumlah itu meningkat berbanding RM5.99 bilion yang telah disalurkan pada tahun 2022.

Jelas Anwar, ia bukti bahawa Terengganu tidak pernah dipinggirkan walaupun berlainan fahaman politik dengan Kerajaan Persekutuan.

"Saya bagi jaminan kepada Datuk Menteri Besar (Ahmad Samsuri Mokhtar), kalau ada..saya tidak mahu halang. Kalau ada cadangan yang baik, kalau selari dengan dasar bersama..kita laksanakan.

"..Dan ada beberapa keutamaan yang saya bincang, yang belum pernah berlaku sebelum ini...iaitu termasuk pimpinan Kerajaan Persekutuan, PM (Perdana Menteri), TPM (Timbalan Perdana Menteri), menteri-menteri kanan dan KSU (Ketua Setiausaha) semua duduk bersama dengan kerajaan negeri dan bincang keutamaan kerana kadang-kadang keutamaan difikirkan di Putrajaya, tak sama dengan keutamaan negeri.

"Maka, kita ubah suai setelah dengar daripada negeri, daripada 10 projek, dia kata ini keutamaan, maka kita ubah suai supaya memenuhi keperluan negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang di sini, hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM