(Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Ceramah Arus Merah Kuning di Subang Bestari/BERNAMA)
SUBANG, 29 Julai- Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis gabungan Kerajaan Perpaduan akan memperoleh kemenangan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 akan datang.
Perdana Menteri yakin pengundi semakin "celik" dalam memilih pemimpin khususnya golongan belia yang lebih intelektual.
Beliau berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 penduduk Kota Damansara dalam majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Subang Bestari.
Selain ceramah, turut diadakan sesi memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Mohammad Izuan Ahmad Kasim bagi DUN Kota Damansara.
Terdahulu, Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor memaklumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan Muhammad Izuan akan mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara selepas berlaku pertukaran calon pada saat akhir.
(Datuk Seri Anwar optimis gabungan Kerajaan Perpaduan menang di Selangor)