fb fb fb fb fb

Anwar mohon maaf jarang jawab 'tweet'

(Tangkap layar Twitter @anwaribrahim)

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tanggungjawabnya semakin bertambah selepas memegang jawatan Perdana Menteri sehingga menjadikan beliau semakin jarang menjawab 'tweet' di Twitter.

"Ramai mengadu saya jarang jawab 'tweet'. Tanggungjawab kian bertambah, tetapi saya masih mengikuti komen teman-teman di Twitterjaya.

"Insha Allah, saya akan cuba cari ruang dan balas tweet kawan-kawan semua," katanya di Twitter, tengah malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun itu turut membalas secara sepontan 'Ok Hai', ciapan pengguna yang menggunakan nama 'Reformist' yang mengatakan, cuba Datuk Seri balas 'Hai'.

Selain ciapan tersebut, Perdana Menteri turut dilihat membalas beberapa ciapan lain.

"Kerja Datuk. Asalkan negara terbela. Kami tak rasakan perlunya interaksi di media sosial. Pengelola kan ada," kata pengguna bernama Aji Kamprett.

Ia kemudian dibalas ringkas oleh Anwar,"Tkasih-saya cuba penuhi semua."

 ("Santai di hari minggu meluangkan masa dengan cucu," kata Anwar menerusi Twitter/
@anwaribrahim)

Media Baharu