fb fb fb fb fb

Anwar minta MAIWP kemuka laporan dan langkah baharu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama penerima bantuan sara hidup MAIWP / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Februari - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diminta mengemukakan laporan terperinci dan langkah baharu untuk meningkatkan prestasi institusi berkenaan.

Langkah tersebut penting bagi memperbaiki kelemahan dalam pengurusan zakat sekali gus menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; isu berkaitan tatakelola juga perlu diperbaiki demi merealisasi hasrat menjadi Majlis Agama Islam terbaik.

"kita ingin memastikan setiap dana, setiap sen wang rakyat itu kembali kepada rakyat dan tidak diperalatkan untuk kesenangan peribadi.

"Saya tegaskan perkara ini terutama di MAIWP kerana ia menjadi mercu tanda kebanggaan Ummah dan tatakelola terbaik", kata Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival MAIWP 2024 di sini.

Dalam Majlis berkenaan, Perdana Menteri menyampaikan cek bantuan makanan keperluan asasi bernilai lebih RM110 juta kepada wakil penerima bantuan sara hidup MAIWP, selain bantuan pakaian dan peralatan persekolahan sesi 2024 berjumlah lebih RM15 juta

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD