fb fb fb fb fb

Anwar mahu agensi terlibat beri kerjasama selesai isu miskin tegar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri taklimat berhubung pembangunan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman

KUALA TERENGGANU, 9 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi terlibat untuk menyelaras gerak kerja bersama-sama kerajaan Terengganu bagi menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu dalam tempoh dua bulan. 

Perhatian khusus dan segera perlu diberi bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan projek tersebut berjalan lancar. 

Selain itu Perdana Menteri juga mahu projek tebatan banjir, bekalan air, keterjaminan makanan, keselamatan di pintu masuk pusat pelancongan negeri dan kesejahteraan sosial diberi fokus. 

Menurut rekod, terdapat 1,663 keluarga miskin tegar di negeri itu sehingga 2 Mei lalu. 

Terdahulu beliau mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman. 

Taklimat selama satu jam 15 minit itu dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Setiausaha Negera serta pegawai-pegawai kanan lain.

Selain itu, ia turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar selepas itu dijadualkan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI