fb fb fb fb fb

Anwar jamin SSPA adalah terbaik

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 April- Sebanyak RM2 juta peruntukan khas tambahan disalur kerajaan kepada Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bagi memastikan program dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Jelas Anwar, dana tersebut dianggap sebagai pengiktirafan kepada pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bersama-sama berganding bahu dalam memastikan negara berada dalam pentadbiran yang terbaik.

"Kita juga mengharapkan prestasi lebih baik, kerja lebih serius, ketua jabatan mesti pantau kerana dalam kelompok besar ada yang malas, lemah.

"Saya tidak fikir orang yang lemah dalam penjawat awam diberi kenaikan sebagai biasa," kata Anwar dalam ucapan sesi 'town hall' bersama-sama PPTD di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Seramai 2,600 PPTD hadir pada sesi itu yang dilihat sebagai peluang dan ruang bagi memberi pandangan cadangan mahupun menambah baik pegawai PTD.

Dalam masa itu, Anwar memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan dalam negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata SSPA itu akan membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi pernah dilakukan.

"Sistem ini antara yang terbaik diumumkan kerajaan. Saya akan runding. Saya tegaskan semua sistem saraan ini, mempunyai implikasi daripada segi kewangan tapi terbaik dalam negara," kata Anwar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM