fb fb fb fb fb

Anwar hadir program 'Malam Langkahan Wira'

Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama-sama artis yang melakukan persembahan pada Malam Langkahan Wira di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri program 'Malam Langkahan Wira' di Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di ibu negara.

Program anjuran Persatuan Penyair Malaysia dan DBP dengan kerjasama Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan sastera dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Langkahan Wira adalah kisah pejuang kemerdekaan yang memperjuangkan keadilan sebelum kemerdekaan.

Penyampaian program berkonsepkan persembahan teater menggabungkan pelbagai elemen seperti lakonan, tarian, puisi, muzik, dan bunyi.

Terdapat tiga segmen persembahan iaitu Malaysia Sebelum Merdeka, Malaysia Selepas Merdeka dan Deklamasi Pantun Tamu.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Ketua Pengarah DBP Dr Hazami Jahari.

Fadhlina dan Zulkifli juga menyampaikan sajak mereka semasa segmen Deklamasi Sajak Tamu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI