fb fb fb fb fb

Anwar hadir Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pintar NADI

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 2.41 petang tadi, disambut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Exco Komunikasi Perak, Mohd Azlan Helmi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi serta wakil-wakil jabatan.

IPOH, 8 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di pekarangan Masjid As-Saadah, Kampung Dato Ahmad Said Tambahan di Manjoi, Ipoh.

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 2.41 petang tadi, disambut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Exco Komunikasi Perak, Mohd Azlan Helmi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi serta wakil-wakil jabatan.

NADI kini memberi fokus kepada penyediaan capaian internet secara kolektif dan berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan tepat, terutamanya mengenai inisiatif Kerajaan.

Setakat 30 Jun 2024, terdapat 75 NADI yang beroperasi di Perak, dengan empat daripadanya merupakan NADI baharu yang dibina di bawah aspirasi 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADI.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM