fb fb fb fb fb

Anwar hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri TPM

PUTRAJAYA, 30 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada pukul 6.20 petang.

Kehadiran Perdana Menteri disambut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid di kediamannya di Seri Satria, di sini.

Majlis Sambutan Aidilfitri tersebut diraikan penuh kemeriahan dengan kehadiran menteri-menteri Kabinet, timbalan-timbalan menteri, Perwakilan Asing, ketua-ketua kementerian dan orang ramai.

Menurut Ahmad Zahid, majlis ini bertujuan meningkatkan rasa keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

(Foto fail)

Majlis Sambutan Aidilfitri ini berlangsung dari pukul 4.00 petang sehingga 11.00 malam.

Turut hadir, Menteri Komunikasi Dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, majlis ini dibuka kepada orang awam bermula pukul 8.00 malam.

Ia dijangka bakal dihadiri lebih 5,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Media Baharu