NEW DELHI, 21 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan perniagaan di New Delhi, India hari ini.
Antaranya Tata Consultancy Services, Emami Agrotech Ltd, dan HCL Tech.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata mereka telah memberikan maklum balas positif mengenai pelaburan, serta minat untuk terus mengembangkan perniagaan di Malaysia.
"Mereka (pelabur) menyatakan sepenuh kepercayaan kepada Malaysia yang punyai dasar-dasar yang jelas serta mesra pelabur, sekali gus memudahkan urusan perniagaan di negara kita.
"Saya dan pasukan akan terus gigih mengadakan interaksi dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan dari India, Insya-Allah," katanya.
BERITA BERKAITAN: