KUALA LUMPUR, 6 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera dan rawatan susulan anaknya Theshvin Henry yang menghidap penyakit asma dan resdung kronik.
Anwar menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan kesejahteraan Theshvin.
"Mendoakan Theshvin selamat menjalani pembedahan dan segera pulih, sekali gus dapat kembali aktif dan menjalani kehidupan harian seperti biasa," katanya.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di Sentul baru-baru ini.