QATAR, 14 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan meja bulat bersama-sama pemimpin industri beberapa syarikat utama yang berpangkalan di Qatar.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata ia sebahagian daripada usaha Malaysia menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.
"Menerusi pertemuan ini saya dapat memberi taklimat terkait iklim terkini pelaburan di Malaysia, sambil meyakinkan para pelabur bahawa negara boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan dan rakan perdagangan yang kompetitif.
"Antara syarikat yang terlibat dalam pertemuan ini adalah Estithmar Holding, Baladna, Taleb Group, Morex Group, Tamam Capital dan Al Mana Group.
"Semoga Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan berpotensi kepada pelabur dari Qatar serta negara-negara lain, insya-Allah," kata Anwar.
Artikel Berkaitan:
Malaysia akan gerakkan ikhtiar bantu penduduk Gaza - Anwar
Kerajaan Perpaduan akan hasilkan lebih banyak reformasi - Anwar
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia fahami situasi terkini di Gaza