VIENTIANE, 10 Oktober- Datuk Seri Anwar juga berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.
Pada pertemuan dengan Kanada, Malaysia mengalu-alukan penubuhan Pusat Keselamatan Siber Blackberry CCoE yang dilihat mampu perkukuh kerjasama keselamatan siber.
Negara juga menantikan kesimpulan awal memorandum persefahaman antara Malaysia dan Kanada melibatkan kerjasama keselamatan.
Sementara itu, pada pertemuan dua hala antara Datuk Seri Anwar bersama Paetongtarn Shinawatra, Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah atas pelantikannya; 18 Ogos lalu.
Malaysia katanya mengulangi kesediaan untuk meneruskan momentum dan dasar yang ditetapkan oleh bekas Perdana Menteri negara itu Srettha Thavisin.
Ini termasuk ketersambungan dan hubungan antara rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Datuk Seri Anwar turut merakamkan ucapan takziah susulan kejadian banjir baru-baru ini di Utara, Timur Laut dan Tengah Thailand.