fb fb fb fb fb

ANGKASA terima tawaran daripada koperasi Thailand, import beras ke Malaysia

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah

ALOR SETAR, 20 April- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menerima tawaran daripada koperasi yang menjadi pembekal beras di Thailand untuk mengimport beras dari negara itu ke Malaysia.
 
Ia susulan isu kekurangan beras tempatan yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini.
 
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata tawaran itu diberikan semasa beliau menghadiri Mesyuarat Pejabat Perniagaan Koperasi Rantau Asia Pasifik di Thailand, baru-baru ini.
 
Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) memaklumkan, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Koperasi Thailand.
 
"Mereka setuju menawarkan kepada ANGKASA sebab mereka tahu kita menghadapi masalah tu untuk import dan perkara ini bukan senang kerana kita dah ada konsesi diberi oleh kerajaan kepada kumpulan tertentu.

"Jadi kita harap kita akan berunding dengan pihak kerajaan kita akan ambil bahagian tu untuk ahli koperasi sahaja. Kita ada 7 juta (ahli koperasi) dan ini memerlukan perbincangan,"katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) Peringkat Negeri Kedah di sebuah hotel di Mergong, Alor Setar.
 
Tambah Datuk Seri Dr Abdul Fattah, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik di Jordan pada hujung bulan ini, pihaknya akan mencadangkan supaya pergerakan bekalan beras dan barangan keperluan lain dari satu negara ke negara yang lain dipermudahkan.
  
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE