fb fb fb fb fb

Angkasa sasar 30 koperasi sekolah capai perolehan lebih RM1 juta

Majlis Perasmian Penutupan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) Dan Ikon Koperator Muda 2023 Peringkat Kebangsaan di Subang

SUBANG, 7 Februari- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin lebih banyak lagi koperasi sekolah mampu meningkatkan perolehan sehingga RM2 juta menjelang akhir tahun ini.

Presidennya Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran itu boleh dicapai susulan kejayaan 26 koperasi sekolah mencatatkan perolehan melebihi RM1 juta.

"Kejayaan itu membuktikan kemampuan koperasi sekolah mengurus perniagaan berimpak tinggi dalam meningkatkan perolehan dan memberi keuntungan kepada anggotanya," katanya dalam Majlis Perasmian Penutupan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) Dan Ikon Koperator Muda 2023 Peringkat Kebangsaan di sini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang hadir menyempurnakan majlis tersebut turut berharap agar koperasi sekolah tidak ketinggalan dalam arus pendigitalan agar seiring dengan hala tuju kementerian itu berkaitan elemen digital.

Setakat ini, terdapat 2,485 koperasi sekolah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang berjaya mencatatkan perolehan RM227.98 juta sehingga Jun 2023.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI