fb fb fb fb fb

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Seramai 1,534 orang daripada 460 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka berkenaan tidak berubah, berbanding tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 10 daerah negeri itu.

"Mukah menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 441 orang penduduk terjejas.

"Ini diikuti Bintulu, 340 orang dan Beluru, 210 orang," menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, angka penduduk dipindahkan ke PPS kekal seramai 1,223 orang daripada 382 keluarga, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan enam PPS di negeri itu.

"Daerah terjejas adalah Beaufort dengan menempatkan 689 orang, Kinabatangan, (282 orang) dan Membakut (252 orang)," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM